Babak ‘cium berlapik’ tularkan W: Two Worlds

SEJAK ditayangkan bermula 30 November lalu, drama W: Two Worlds berjaya mendapat tempat dalam kalangan peminat drama tanah air.

Membariskan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman dan Elizabeth Tan, naskhah tersebut merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan, W: Two Worlds yang dibintangi Lee Jong-suk serta Han Hyo-joo.

Bagaimanapun, drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu turut dikecam sehingga tular dalam media sosial.

Semuanya gara-gara babak cium berlapik antara Hun dan Daiyan yang menerima kritikan hebat daripada netizen.

“Kenapa perlu tiru babak sebegini sama dengan drama asal? Berlapik tetapi tetap bercium.

“Boleh sahaja ubah babak ini kepada aksi lain. Janganlah tiru sangat budaya Korea,” kata netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok