“SELAGI Jebat berada di sebelah, baba manusia paling bahagia di atas muka bumi.”
Demikian luahan pelakon Sharnaaz Ahmad menzahirkan rasa gembira melihat anak lelakinya, Jebat Jayden seronok sepanjang tempoh percutian mereka di Jepun baru-baru ini.
Teruja dengan kehadiran Jebat, dia juga berterima kasih terhadap anaknya kerana melakukan banyak aktiviti bersamanya sepanjang percutian tersebut.
Kepada anakku Jebat, terima kasih untuk percutian ini. Awak memiliki hati yang jiwa yang murni.
“Baba bersyukur memiliki anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat.
“Terima kasih menemani baba bermain banyak permainan dan memenangi pelbagai hadiah,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38 itu juga berkata, percutian yang turut disertai kekasih hatinya, Amelia Christie dan bekas isteri, Noor Nabila merupakan antara momen terbahagia dalam hidupnya.
Perkara paling indah dalam percutian tersebut bukannya lokasi tetapi kita dapat menghabiskan masa bersama.
“Saya lakukan semua ini hanya untuk awak,” ujarnya.
Menerusi hantaran sama, dia turut memuat naik video memaparkan momen sedang menyiapkan rambut anaknya.
Minggu lalu, bintang filem Polis Evo 3 itu mencuri perhatian ramai apabila dilihat bercuti di Jepun bersama Jebat, Amelia dan Noor Nabila. – HIBGLAM