Awal Ashaari dihentam bergambar dengan ‘mata satu’

DISEBABKAN bergambar dengan patung bermata satu, pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari teruk dikecam netizen, sehingga ada melabelnya sebagai pengikut dajal.

Allahuakhbar! Tersedak Diva baca komen yang ditinggalkan netizen hanya kerana Awal memuat naik gambarnya bersama patung tersebut.

Ramai nampaknya kurang senang. Malah, selain mengecam, ada juga segelintir peminat bertindak tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik suami kepada Scha Alyahya itu.

Hanya disebabkan hal itu juga, Awal dituduh sengaja mencari publisiti murahan untuk popular.

Lebih memeritkan, ada juga yang melabel Awal tidak punya otak kerana tidak berfikir dahulu baik buruk selepas berkongsi foto tersebut.

“Makin dilarang, makin ‘sangap’ dengan perkara yang dilarang oleh Allah SWT,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Mana iman kamu wahai umat Nabi Muhammad?” soal seorang netizen.

Pendapat Diva, pucuk pangkal tanya semula hati. Kalau rasa niat untuk bergambar dengan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi untuk suka-suka, lebih baik tak payah kongsi.

Sebab masyarakat sekarang semakin sensitif. Mungkin Awal melihat patung mata satu itu sebagai karya seni. Netizen pula fikir benda lain.

DIVA: Khabarnya ada seorang pelakon wanita senior tengah galak bercinta dengan rakan satu industri bergelar pelakon juga. Kita tunggu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok