Anugerah Drama SBS 2023 tanpa Song Kang

TANPA sebarang kenyataan, pelakon Song Kang memaklumkan tidak akan hadir pada majlis Anugerah Drama SBS 2023.

Berita ketidakhadirannya pada majlis yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Menara Prisma SBS, Seoul menimbulkan pelbagai spekulasi.

Disebabkan itu, dia akan terlepas peluang untuk menghadiri majlis anugerah penyiaran terestrial pertamanya.

Namun, peminat masih mengharapkan sinar supaya pelakon drama My Demon itu akan muncul pada anugerah berprestij terbabit.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok