Album Jungkook ‘menjadi’ di United Kingdom

Anggota kumpulan BTS, Jungkook telah mencipta rekod baharu di United Kingdom apabila album sulungnya berjudul Golden  menduduki tempat pertama selama tujuh minggu berturut-turut dalam Carta Album Rasmi.

Dengan pencapaian itu, Jungkook menjadi artis solo Korea pertama dalam sejarah yang mencatatkan album kekal selama tujuh minggu di carta berkenaan.

Sementara itu, lagu utama album terbabit berjudul Standing Next To You mendaki semula carta terkemuka negara itu sekali gus menewaskan karya dendangan penyayi lain di negara tersebut. 

Kejayaan idola tampan itu menunjukkan populariti dan pengaruhnya bukan calang-calang, malah terus bersinar meskipun melalui album solo tanpa penglibatan anggota BTS yang lain. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok