4 idola K-pop menyanyi boleh, berlakon pun handal

JIKA disebut sahaja perkataan idola, pasti orang ramai membayangkan penyanyi K-Pop yang mempunyai populariti luar biasa hingga menjadi sanjungan ramai peminat. 

Memiliki suara lunak serta bakat dalam seni persembahan membolehkan mereka mampu mencetuskan fenomena sehingga ke luar negara. 

Pada masa sama, bakat lakonan mereka juga ditagih peminat sekali gus versatiliti terkandung mengalir dalam darah seni masing-masing. 

Ada antara idola K-Pop lebih menumpukan kerjaya lakonan selepas mula menyertai dalam cabang seni tersebut. 

Kali ini, Daebak merangkumkan beberapa selebriti Korea Selatan yang melakukan kerja ‘serampang dua mata’. 

IU 

SELEBRITI jelita IU memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo dengan melancarkan mini album pada tahun 2008.

IU

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam arena nyanyian, dia meluncur sebagai pelakon menerusi drama Dream High.

Bakatnya dalam lakonan semakin diakui apabila terpilih sebagai bintang utama drama siri You Are The Best, Pretty Man dan The Producers. 

Namanya lebih meningkat naik apabila berjaya membawa watak Go Ha-jin dalam drama popular Scarlet Heart pada tahun 2016. 

Tidak melupakan kerjaya nyanyian, pemilik nama sebenar Lee Ji-eun itu tetap melancarkan single yang berkolaborasi bersama Suga berjudul People Pt. 2. 

V (BTS)

SIAPA sangka selain bakat nyanyian, anggota kumpulan BTS iaitu V juga mempunyai bakat dalam dunia lakonan. 

V BTS

Debut pada 2013 bersama BTS, nama setiap anggota kumpulan tersebut semakin dikenali sehingga ke luar negara. 

Tiga tahun selepas itu, pemilik nama lengkap Kim Tae-hyung itu terlibat dalam drama Hwarang: The Poet Warrior Youth dengan sangat cemerlang 

Antara nyanyian dan lakonan, V lebih menumpukan perhatian sebagai penyanyi lebih-lebih lagi terhadap kumpulannya BTS yang mendunia hingga sekarang. 

Cha Eun-woo 

MULA aktif dalam bidang seni bersama kumpulan Astro, Cha Eun-woo debut sebagai penyanyi pada tahun 2016 dengan mini album berjudul Spring Up. 

Tidak lama selepas itu, dia berjaya menceburi bidang lakonan menerusi drama My Romantic Some Recipe. 

CHA EUN-WOO

Namanya lebih dikenali sebagai pelakon apabila muncul sebagai watak utama buat pertama kali dalam drama romantik komedi berjudul Gangnam Beauty. 

Disebabkan bakatnya lebih menonjol sebagai aktor, penyanyi berusia 26 tahun itu berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk Excellence Award, Best Couple Award dan Rookie Award. 

D.O 

SIAPA tidak kenal kumpulan popular EXO yang dianggotai D.O bersama rakan-rakan lain. 

D.O atau nama sebenarnya Do Kyung-soo aktif menyanyi sejak berada di sekolah rendah dan kemudian debut bersama EXO pada 2012. 

D.O

Beberapa tahun berikutnya, D.O ditawarkan sebagai pelakon suara dalam filem animasi Underdog pada 2016. 

Seterusnya, dia ditawarkan sebagai watak utama dalam filem romantik Pure Love yang digandingkan bersama aktres Kim So-hyun. 

Terkini, penglibatannya dalam bersiri Bad Prosecutor pada 2022 sangat cemerlang sehingga berjaya memenangi anugerah Top Excellence Award pada KBS Drama Award. 

Choi Min-ho 

BERBAKAT besar dalam nyanyian, penyanyi Min-ho debut bersama kumpulan SHinee pada tahun 2008. 

Bukan sahaja nyanyian, lelaki berusia 31 tahun itu juga handal menulis lirik dalam album pertama SHinee berjudul The SHinee World. 

MIN-HO

Beberapa tahun kemudian, Minho mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan dengan drama pertamanya berjudul Pianist. 

Dengan bakat lakonannya yang semakin menjadi perhatian, anak jati Seoul itu berjaya mendapat tawaran dalam beberapa drama fenomena Korea Selatan. 

Antara yang berbekas dalam jiwa audiens termasuklah To The Beautiful You. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok