Woo-sung kecewa sikap ‘selfish’ pelakon

Aktor Jung Woo-sung menyelar segelintir pelakon yang meminta khalayak untuk hadir menonton filem mereka di pawagam tetapi diri sendiri tidak berbuat perkara sama.

Pelakon tampan itu berkata, dia berasa kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang hanya menyokong filem Korea apabila dirinya terlibat dalam karya terbabit. 

“Ramai pelakon meminta orang ramai menonton filem mereka, tetapi apabila filem pelakon lain ditayangkan, adakah mereka pergi ke pawagam untuk menonton filem itu? 

“Kita perlu menonton filem pelakon lain, begitu juga karya bebas terbitan Korea. Kita kena jadi penonton, barulah industri filem kita akan jadi lebih hebat. 

“Jangan jadi hipokrit depan orang ramai kerana pada akhirnya khalayak tidak buta. Mereka bijak menilai dan akan hilang hormat dengan kita,” katanya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok