Yubin merindu bekas kekasih

MASIH ada saki -baki rasa cinta terhadap bekas teman lelaki yang terkesan di jiwa, penyanyi Yubin mengakui belum boleh ‘move on’ dan tidak bersedia untuk kembali mempunyai kekasih.

Penyanyi bermata sepet itu bagaimanapun berharap, jika ada jejaka yang mendekatinya kelak masih seorang ahli sukan atau individu aktif bersenam seperti bekas kekasihnya.

“Kalau ada sesiapa yang nak kahwin dengan saya, saya mahukan orang yang gemar bersenam kerana saya suka bersukan.

“Sejujurnya, bekas teman lelaki saya adalah seorang atlet. Atlet tidak minum alkohol dan sentiasa menjaga kebersihan serta kesihatan diri, saya mahukan jejaka seperti itu menjadi suami saya kelak,” jelasnya dalam satu rancangan temu bual.

Sebelum ini, Yubin dan bekas teman lelaki yang juga pemain tenis memulakan hubungan cinta pada awal Mei 2022.

Mereka mengesahkan hubungan mereka telah putus pada permulaan bulan lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok