Wonbin ‘belanja’ badan

PENYANYI Wonbin mengejutkan ramai dengan penampilan baharu yang menyerlahkan sosok tubuh langsingnya.

Media sosial bagaikan ‘meledak’ kerana sebelum ini penyanyi kumpulan Riize itu tidak pernah mendedahkan bentuk badannya dalam mana-mana platform.

Dalam foto yang didedahkan peminat, kelihatan penyanyi berusia 22 tahun itu sedang menari sambil mengangkat tangannya sehingga menampakkan perut.

“Wonbin kurus tetapi bahunya sangat lebar,” komen netizen.

“Tolong kekalkan badan awak yang langsing dan jangan bina otot,” pesan peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok