[VIDEO] Kebaikan Suhaimi Saad jadi bualan ramai di TikTok

SEJAK menghembuskan nafas terakhir minggu lalu, nama Allahyarham Suhaimi Saad kembali menjadi bualan ramai dalam media sosial.

Susulan itu, rakaman-rakaman video siaran langsung Suhaimi kembali tular yang rata-ratanya mengisahkan tentang perjalanan hidup dan kisah cintanya dengan Ina Naim.

Bukan itu sahaja ketabahan Ina turut menjadi percakapan ramai selain ramai memuji ketenangannya menghadapi kematian suami tercinta.

Antara yang paling mencuri perhatian ramai ialah video Suhaimi berkongsi detik perkenalan dengan Ina dan gelagatnya melayani haters ketika membuat siaran langsung.

Kini, ramai meluahkan rasa rindu dengan gelagat Suhaimi yang disifatkan sangat jujur dan padat dengan perkongsian mengenai isu berkaitan agama serta akhlak.

“Rindunya nak lihat Suhaimi buat live, rasa dia masih hidup.

Siapa yang pernah menonton live Suhaimi, pasti akan tahu betapa bagusnya dia mendidik anak-anak. Dia seorang suami yang kelakar!” komen netizen.

@dyanadia090

Al fatihah arwah suhaimi saad. #ss #suhaimisaad #inanaim #setanggisyurga #credittotheRyhanMusa #alfatihah #diananaim

♬ Setanggi Syurga – In Team

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok