[VIDEO] Bodohlah kalau saya cium Mimi Lana – Meerqeen

SAYA terkejut apabila baca gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung”

Itu penegasan pelakon Meerqeen yang menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah pusat hiburan yang tular sebelum ini.

Meerqen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, dia tidak akan melakukan perkara itu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.

“Saya tak layan apa-apa yang keluar dalam media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.

Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian (bercium) kerana mereka adalah sahabat saya. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,” katanya.

Berikutan dakwaan yang disifatkan tidak masuk akal itu, Meerqeen bertindak menghubungi aktor Syafiq Kyle bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Syafiq rakan saya, kami bekerja dalam bidang yang sama.

“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ada ‘man to man talk,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya sebentar tadi.

Dalam masa sama, Meerqeen mengakui lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri apabila gosip itu hangat diperkatakan.

“Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.

“Kenapa saya perlu menjawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang aktor baharu popular bercium di kelab malam dengan aktres pelakon popular berstatus tunangan orang.

Netizen membuat spekulasi dengan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka  bergandingan dalam drama bersiri Headliners.

Gosip itu hangat diperkatakan selepas Mimi Lana dan Syafiq Kyle membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok