Tiffany dinasihatkan bercuti panjang 

BERIKUTAN keadaan kesihatannya yang kian membimbangkan, anggota kumpulan Girls Generation, Tiffany terpaksa menghentikan seketika semua aktiviti seninya.

Dalam satu kenyataan, Sublime yang bertindak sebagai penaung Tiffany berkata, kemungkinan berlaku pertukaran jadual yang tidak dijangka demi memastikan Tiffany kembali pulih.

“Keadaan kesihatan Tiffany semakin teruk.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menasihatkan dia  berehat sekurang-kurangnya selama 15 hari.

“Selepas perbincangan teliti dengan Tiffany, kami telah memutuskan untuk menangguhkan jadualnya.

“Kami bersetuju bahawa Tiffany memerlukan rehat mencukupi bagi memastikan dia benar-benar sembuh.

“Kesulitan amatlah dikesali apatah lagi ramai peminat telah lama  menantikan kemunculan Tiffany dalam setiap persembahan yang sudah kami rancang,” kata jurucakap Sublime.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok