Tarian ‘Hatinya Tak Tahan’ Jac disamakan seperti Ju-On

JURI Datuk Syafinaz tidak dapat menahan rasa geli hati melihat cara tarian Jaclyn Victor yang disamakan seperti hantu dari Korea, Ju-On.

Jac sewaktu menyanyikan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian asal Noraniza Idris, kelihatan agak kekok untuk melakukan tarian Jawa, sehingga membuatkan gerakannya kelihatan aneh.

“Jac, tarian awak kelihatan kelakar seperti Ju-On,” ujar Syafinaz sambil disambut gelak tawa oleh Jac.

Pada masa sama, nyanyian penyanyi bukan Melayu itu dikatakan kurang bertenaga kerana ‘tenggelam’ dalam alunan muzik.

“Nyanyian kamu kurang ‘power’ (bertenaga) dan banyak dibantu oleh penyanyi latar.

“Ditambah dengan muzik yang besar (kuat), nyanyian kamu agak tenggelam,” komen juri Hetty Koes Endang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok