‘Tak kahwin lagi tapi gembira’, orang bujang sokong Syafinaz

KENYATAAN guru vokal, Datuk Syafinaz yang menegaskan dirinya gembira walaupun belum mendirikan rumah tangga sehingga hari ini mengundang respons positif daripada golongan bujang dalam media sosial sejak semalam.

Ungkapan tersebut dilontarkan Syafinaz, 50, ketika dia menaiki pentas bagi memukul bahu Tomok kerana dikatakan menyindirnya belum berkahwin ketika mendendangkan lagu Apa Dah Jadi yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri SM Salim pada konsert minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza (GV10) semalam.

“Jangan nak menyindir pula ya.

“Saya tak kahwin lagi tapi gembira,” selorohnya sambil turun dari pentas.

Tidak berakhir di situ, dia yang terkenal dengan jolokan Ratu Soprano itu juga menegaskan menolak untuk memegang status sebagai isteri kedua.

“Nombor dua tak mahu.

“Nombor satu sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, situasi tersebut mula tercetus apabila ketua juri, Datuk Ramli MS bergurau dengan mendakwa Tomok sengaja memerli Syafinaz masih belum berkahwin ketika membuat persembahannya.

“Dia tunjuk pada Syafinaz pada bahagian lirik ‘sampai sekarang tak kahwin lagi’.

Sementara itu, rata-rata netizen dalam media sosial menyamut baik kenyataan Syafinaz yang mengatakan perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan dalam kehidupan.

“Terima kasih Syafinaz kerana bersuara mewakili golongan bujang macam kami.

“Suka betul dengan jawapan Syafinaz, kalau nak gembira memang kena kahwin ke? Tidak semua kebahagian itu disebabkan perkahwinan

“Siapa kata status bujang itu sedih? Tidak kahwin pun boleh gembira,” komen netizen dalam aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok