Tablo tenang solo

MASIH bujang sehingga kini, anggota kumpulan hip-hop Epik High, Tablo melihat perkahwinan menerusi perspektif berbeza.

Kata Tablo, dia tetap akan bahagia tanpa ikatan perkahwinan kerana menyedari dirinya tidak mampu bertahan dalam hubungan yang menuntut pasangan berkompromi dan melepaskan sebahagian daripada ego masing-masing.

Baginya, perkara tersebut merupakan hal paling sukar untuk diaplikasikan apatah lagi melibatkan dua jantina dan perasaan yang berbeza.

“Saya secara jujur akan jawab tidak mahu berkahwin apabila ditanya, perkahwinan tidak semestinya sistem yang ideal. Hidup bujang tidak semestinya sepi, saya rasa solo lagi tenang dan bebas.

“Bayangkan, sebagai pasangan, masing-masing harus mengetepikan sikap mementingkan diri demi hubungan yang harmoni dan pastinya itu sangat sukar untuk dilakukan,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok