Suhaimi Saad mohon maaf, ucap terima kasih

PENYANYI yang juga bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor pernah memuat naik sebuah hantaran permohonan maaf kepada pengikut TikToknya pada 5 November lalu.

Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, 43, bagaimanapun tidak menyatakan sebab permohonan maaf tersebut dimuat naik dalam aplikasi itu.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin kepada anda semua,” kata suami kepada Ina Naim itu.

Selain permohonan maaf, dia turut menitipkan ucapan terima kasih atas segala pertolongan yang pernah dihulurkan orang ramai terhadapnya selama ini.

“Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan anda. Assalamualaikum, LailahaillAllah,” ujarnya.

TANGKAP layar permohonan maaf dan ucapan terima kasih yang dimuat naik Suhaimi Saad di aplikasi TikTok pada 5 November lalu.

Terdahulu, Ina memaklumkan kesihatan suaminya dalam keadaan kurang baik dan masih ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Selain Ina, salah seorang anggota In-Team, Mohd. Syahril Abdul Khalid juga berkongsi tahap kesihatan Suhaimi mula menurun sejak sebulan lalu sebelum ditidurkan pada Jumaat lalu selain berat badan menyusut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok