Suhaimi Saad meninggal dunia

SELEPAS beberapa hari kritikal, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Berita duka itu dikongsi menerusi akaun Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) sebentar tadi.

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Al fatihah,” katanya.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok