Ruhainies tak ambil hati usikan Janna

TERBELIAK biji mata kawan Mizz Lahar yang mengikuti siaran langsung Famili Duo musim tiga (FD3) Ahad lalu apabila Janna Nick selaku hos program itu mengusik pelakon Ruhainies sebagai nak menyondol.

Biarpun gurauan, tapi macam tak manis pula didengar sebab itu kan rancangan yang diikuti seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Bukanlah kawan Mizz Lahar dan mereka yang mengecam Janna sebut perkataan itu jumud sangat, cuma nak bergurau pun biarlah bertempat.

Tambahan pula aktres putih gebu itu datang sebagai wakil penaja yang diiringi pengasas kepada produk berkenaan.

Lagipun ini bukan kali pertama pengacara sensasi itu terlepas cakap, jadi harap berhati-hati kerana FD3 bukan rancangan biasa-biasa.

Mujur Ruhainies bukan jenis kuat melatah dan tidak ambil hati. Sudahlah cantik, lemah-lembut pula.
Katanya dia faham teman seperjuangannya itu cuma bergurau.

Mizz Lahar: Ramai sukakan keperibadian kawan ‘hi bye’ Syamsul Yusof, Irene Deanna. Malu-malu saat disoal media.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok