Rose sebar aura positif

AHLI kumpulan Blackpink, Rose dikatakan telah menyebarkan pengaruh positif kepada peminatnya di serata dunia.

Semasa sidang kemuncak Amerika Syarikat Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di California, pelantun lagu Gone itu berpeluang memberikan ucapan dalam persidangan tersebut dengan mengetengahkan beberapa isu.

Dalam ucapan itu Rose turut memberi penekanan terhadap isu kesihatan mental dan berkongsi pengalaman peribadinya.

Dalam persidangan berkenaan, Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden turut memperkenalkan Rose sebagai superstar global yang menggunakan platformnya untuk menyebarkan kebaikan, terutama buat golongan muda.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok