‘Penjiwaan Naqiu cun tapi menari plastik’

EMOSI cun! Itu pujian ketua juri All Stars Gegar Vaganza (GV10) kepada Naqiu selepas mendendangkan lagu Bol Radha Bol dan Ala Emak Kahwinkan Aku pada konsert suku akhir malam ini.

Menurut Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram, Naqiu berjaya menjiwai dua lagu tersebut dengan cemerlang.

Untuk lagu hindustan, penjiwaan memang cun tetapi menari plastik betul!

“Sebutan okeylah (lagu hindustan). Kemudian lagu kedua, kenapa awak macam sesumpah?” selorohnya.

Manakala, Hetty Koes Endang turut memuji persembahan Naqiu yang dimeriahkan dengan kehadiran aktres Amyza Aznan.

Kenapa suruh saya kahwinkan awak sedangkan isteri ada dalam dewan ini?

“Apapun, Naqiu bagus. Lanjut!” katanya.

Lagu Bol Radha Bol merupakan milik Mukesh sementara Ala Emak Kahwinkan Aku pula nyanyian asal Zainorin Md Dom. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok