Peminat hadiri majlis perkahwinan Yoonjo

BEKAS ahli kumpulan Hello Venus, Yoonjo bakal memulakan lembaran baharu dalam hidupnya apabila berkahwin dengan aktor Kim Dong-ho pada 20 November lalu.

Menariknya, dia turut mengundang peminat bertuah menghadiri perkahwinannya. Keterbukaan Yoonjo itu meraih pujian ramai yang menyifatkan dia pandai menjaga hati dan menghargai peminat.

Acara perkahwinan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Terdahulu, perkongsian pemilik nama lengkap Shin Yoon-jo itu mengenai lamaran romantis Dong-ho disambut gembira pelbagai pihak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok