Nyanyi bagus tapi tiada jiwa – Mas Idayu

Nyanyian tiada masalah tetapi persembahan tiada unsur hiburan.”

Demikian komen juri tetap Famili Duo musim tiga (FD3), Mas Idayu yang tidak berpuas hati dengan persembahan pasangan duo Arif Bahran dan Haqiem Rusli pada konsert minggu separuh akhir, malam ini.

Kata Mas Idayu, nyanyian Haqiem dan Ariff malam ini terlalu bergantung kepada teknikal tanpa ada penjiwaan dalam lagu yang disampaikan.

“Setakat ini, nyanyian kalian berdua paling bagus tetapi tiada hiburan, hanya sekadar menyanyi.

“Jiwa atau air lagu untuk hip-hop itu kurang,” jelasnya.

Senada dengan Mas Idayu, Ajai yang juga juri FD3 berpendapat duo sepupu itu tidak mencapai piawaian sebenar lagu rap selain kelihatan terlalu ‘berlakon’.

“Banyak sangat lakonan, tiada penjiwaan dalam rap, lontaran pada setiap bait rap tak jadi.

“Bila dengar balik, dengar macam membaca, boleh kata tak jadi  persembahan ini,” komen Ajai.

Mereka membawakan lagu nyanyian asal Altimet iaitu Amboi dan Bunga mengikut tema Dance/Hip-hop.

FD3 yang bermula sejak 15 Oktober lalu disertai enam pasangan duo yang mempunyai pertalian saudara atau suami isteri dengan menawarkan RM100,000 untuk juara keseluruhan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok