AKTRES Mawar Rashid sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila rumah tangganya dilaporkan berantakan dan bakal bercerai dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, Raf Yaakob.
Pasangan suami isteri juga dikatakan sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, bertindak memadam fotonya bersama suami yang pernah dimuat naik dalam Instagram.
Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya status perkahwinan pasangan tersebut.
Pada 10 Oktober lalu, Mawar mengejutkan ramai apabila memuat naik foto tidak lagi bertudung dalam Instagramnya.
Sehingga hari ini, dia yang pernah membintangi drama Suamiku Paling Sweet tidak menjelaskan secara terperinci tindakan tersebut diambil.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. – HIBGLAM