Kim Sunggyu tepati janji

KETUA kumpulan Infinite, Kim Sunggyu menepati janji untuk membuat persembahan semasa majlis perkahwinan peminatnya.

Biarpun jadual agak padat, vokalis itu merealisasikan kata-kata yang dibuat pada konsertnya tahun lalu.

Peminat bertuah itu terkejut dan terharu dengan kemunculan Sunggyu biarpun sangat sibuk memenuhi jadual kerja.

Perjanjian tersebut mula dibuat selepas Sunggyu tersentuh dengan pengakuan peminat terbabit yang mengikuti karier seninya diawali daripada si kekasih hatinya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok