Jom kenali Tiko Aryawardhana, bakal imam BCL

NAMA jejaka tampan Tiko Aryawardhana tiba-tiba meledak dalam media sosial apabila dikhabarkan bakal bernikah dengan penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari atau BCL pada 2 Disember ini.

Sebelum khabar gembira itu mula tersebar, BCL sudah beberapa kali dilihat bersama Tiko malah  jejaka bertubuh sasa itu juga sering hadir ke beberapa acara bersama penyanyi berusia 40 tahun terbabit.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai jejaka yang berjaya menawan hati balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu.

Duda anak tiga

Sama seperti BCL, Tiko sebelum ini juga sudah pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada 2021.

Bekas isterinya bernama Arina Winarto yang kini berusia 44 tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Satu fakulti, universiti

Tiko dan BCL merupakan pelajar jurusan Ekonomi, Universiti Trisakti, Jakarta. Bagaimanapun, BCL tidak menyelesaikan kuliahnya manakala Tiko menamatkan pengajian pada 2005.

Difahamkan, kedua-duanya saling mengenali ketika sama-sama mengikuti pengajian di universiti itu.

Pencinta sukan

Menurut laporan media Indonesia, sama seperti Allahyarham Ashraf Tiko juga gemar bersukan. Tidak hairanlah badannya masih tegap persis anak muda meskipun sudah berusia 43 tahun.

Jejaka asal Jakarta itu juga difahamkan obses dengan sukan bola keranjang dan aktiviti berbasikal.

Pekerja bank

Jejaka tinggi lampai itu bekerja sebagai pegawai pemasaran serta penasihat kewangan di sebuah bank terkemuka.

Difahamkan sudah empat tahun Tiko bekerja dalam dunia perbankan.

Pemilik syarikat rakaman 

Mencintai dunia muzik, Tiko telah membuka sebuah syarikat rakaman yang diberi nama Bombshell Records.

Dilaporkan, Bombshell Records diwujudkan khusus untuk pencinta muzik piring hitam atau vinyl yang berlokasi di Jakarta. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok