Jiwa Melayu Shake masih tebal di bumi Perancis!

ANDAI dihitung pengalaman penghibur tersohor era 1980-an iaitu Datuk Shake, sememangnya tidak mampu disangkal kredibilitinya selaku penggiat seni yang disegani ramai.

Biar berkelana di negara orang mencari rezeki dan akhirnya membina keluarga di Perancis, semangat cintakan tanah air terpatri kukuh dalam jiwa anak jati Johor itu.

Menurut pemilik nama sebenar Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad Bahwere itu, tanah tumpah darah tetap berada dalam sanubari tidak kira di mana pun bumi dipijak.

Anak muda pada era saya berani mengembara mencari pengalaman. Langkah saya bermula di Amerika Syarikat selama beberapa tahun sebelum bermastautin di Paris.

“Apabila di negara orang, kita kena pandai bawa diri dan sepanjang tempoh itu, saya jelajah banyak tempat hingga akhirnya dapat menghasilkan lagu Inggeris dan Perancis.

Banyak pengalaman diraih yang mengajar kita supaya kuat semangat. Apa pun, Malaysia tetap di hati,” kata Shake, 73, yang tidak sabar pulang ke tanah air, bulan depan.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Umi itu, kembara serta pengalaman sejak tahun 1970-an itu cuba dikompilasikan dalam sebuah naskhah untuk tinggalan anak cucu.

Untuk artikel penuh, dapatkan akhbat Kosmo! Online secara fizikal di kedai-kedai berdekatan atau layari www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok