Indah Ruhaila kini penyanyi rap?

PENYANYI Indah Ruhaila membuktikan versatiliti sebagai seorang penghibur apabila menunjukkan kebolehan menyanyi rap dalam single baharu berjudul Indah.

Sentiasa mendambakan kelainan dalam berkarya, bingkisan baharu yang disifatkan sebagai hadiah kepada peminat itu diharap meninggalkan impak mendalam.

Katanya, suntikan elemen rap sengaja dimasukkan ke dalam naskhah bernuansa pemerkasaan wanita itu bagi menyuntik kelainan.

Bagai satu kepuasan dapat berkongsi keistimewaan bingkisan baharu, setiap bait lirik menyuntik makna tersendiri buat dirinya.

Lagu Indah berjaya dirakamkan hanya dalam tempoh dua jam dan menariknya, ada patah seni kata yang saya bawakan secara rap.

“Diharap unsur kelainan ini menepati selera ramai memandangkan irama pop dansa yang melatari lagu ini kena dengan elemen rap.

Indah mengetengahkan kelainan dengan menyelitkan elemen rap dalam single terbaharunya.

“Pada masa sama, hampir setahun tiada karya baharu membuatkan kami lebih teliti mencanai ilham supaya Indah tampil istimewa,” katanya.

Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussein, 36, berkata, lagu Indah adalah daripada buah fikirannya sendiri yang mahukan kelainan dalam komposisi melodi.

“Jalan cerita Indah datang daripada saya sendiri selepas berbincang dengan Firdaus Rahmat yang diadun bersama bunyi lebih segar mengikut cita rasa semasa.

Kemampuan wanita yang pasti beroleh kebahagiaan jika mencintai diri sendiri dahulu diangkat sebagai fokus kerana mahu menunjukkan perasaan ‘indah’ itu akan datang dengan sendirinya.

“Seleksi ini lebih kepada mengingatkan pendengar supaya hargai diri sendiri dulu iaitu self love (sayangi diri sendiri) sebelum berkorban untuk insan lain,” tambahnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini bersyukur kerana karyanya dihargai peminat.

Single baharu ciptaan komposer, Firdaus Rahmat dan diterbitkan Rocketfuel Entertainment itu juga sebagai lambang kematangan seninya selepas 15 tahun dalam industri seni.

Inilah perjalanan panjang saya yang sarat warna, namun setiap inci pengembaraan membuatkan saya kini semaki matang terutama dalam mengatur karier seni,” luahnya lagi.

Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 itu juga mengakui graf kariernya menampakkan transisi positif sepanjang tempoh tersebut.

Dalam pada itu, Indah turut melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk terus berkarya dan menghibur peminat.

Alhamdulillah, saya masih lagi giat memperjuangkan bakat yang dikurniakan Tuhan dan masih lagi aktif menerima undangan nyanyian di sana-sini,” ujarnya.

Indah kini sudah dilancarkan dalam semua platform penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok