489
Meskipun baru sahaja membuang tindikan pada bahagian wajahnya pada bulan lalu, pelakon Han So-hee kini memutuskan membersihkan segala ‘benda asing’ pada wajahnya.
Hal tersebut kerana bintang drama Gyeongseong Creature itu sudah berasa puas mencuba sesuatu yang baharu, terutama menindik di bawah mata dan bibirnya.
“Bulan lepas saya melakukan tindikan pada wajah tetapi saya harus mengeluarkan semuanya sekarang.
“Saya jenis orang yang mudah berasa puas selepas mencuba sesuatu baharu,” katanya.