LEBIH lima tahun tidak beraksi di hadapan kamera untuk penggambaran drama, aktres Fazura mengakui agak sukar untuknya menghafal skrip.
Kongsi Fazura, 39, perkara tersebut terpaksa dihadapinya ketika menjalani penggambaran drama Lelaki Itu arahan Erma Fatima.
“Punya lama tak berlakon, satu page pun lembab nak hafal dialog.
“Pukul berapa nak habis ni?” katanya ringkas dalam Instagram.
Drama Lelaki Itu turut menampilkan Datuk Adi Putra, Hannah Delisha, Sarimah, Sophia Albarakbah dan Nabila Huda.
Difahamkan, drama terakhir yang dilakonkannya ialah Hero Seorang Cinderella iaitu sekitar tahun 2017 sebelum mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin.
Sebelum ini, Fazura memilih untuk berehat panjang namun menegaskan masih belum bersara sebagai pelakon.
Dia yang popular menerusi filem Gol & Gincu itu bagaimanapun tidak menemui skrip bersesuaian malah mengakui bosan dengan jalan cerita drama tempatan yang seperti tiada pembaharuan. – HIBGLAM