Emma Maembong bergelek pakai baju corak Palestin

PELAKON jelita Emma Maembong ditegur tidak sensitif apabila memakai jaket sejuk berupa ‘hoodie’ yang direka dengan corak bendera Palestin, namun memperagakannya dalam keadaan bergelek dan menari sakan dengan gembira.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 31 tahun itu dilihat menggayakan jaket hoodie yang terang-terangan menunjukkan bercorak bendera Palestin ketika menari-nari bersama adik beradiknya yang lain.

“Family time (waktu bersama keluarga),” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan pelakon berstatus ibu kepada dua orang cahaya mata itu membuatkan segelintir pengikutnya berasa kurang senang, apabila menganggap perbuatannya bersuka ria sambil bergelek dengan memakai hoodie bercorakkan bendera Palestin sebagai tidak sensitif dengan peperangan yang sedang berlaku di negara tersebut.

“Baju sudah Palestin (corak), tapi bergelek pula. Bukan tak suka Emma, cuma rasa tak kena. Tolonglah orang di sana (Palestin) sedang bersedih,” ujar seorang netizen.

“Nak bergelek pun janganlah pakai baju Palestin. Langsung tak sensitif,” ujar seorang lagi netizen.

Tak faham manusia begini. Atau memang tidak ada perasaan?” tegur seorang pengguna Instagram.

Walaupun ditegur, Emma dilihat langsung tidak memberi respons terhadap teguran yang diberikan kepadanya dan hanya membalas komen netizen yang tertarik untuk membeli hoodie tersebut. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok