Didi Astillah kini pramugari

PENYANYI dan pelakon Didi Astillah bakal memulakan kerjaya baharu di awan biru sebagai pramugari selepas menamatkan kursus kru kabin dengan syarikat penerbangan Batik Airlines.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh ibunya, Zarina Salleh, 47, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ujar Zarina, dia gembira dan bersyukur apabila cita-cita Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, untuk bergelar pramugari sejak kecil, akhirnya tercapai.

“Alhamdulillah adik (panggilan Didi), habis juga kau belajar. Mama sentiasa doakan kerjayamu yang baharu ini. Cita-citamu sejak kecil akhirnya tercapai,” tulis Zarina.

Dalam hantara tersebut, Zarina turut berkongsi beberapa foto bersama ahli keluarganya sewaktu meraikan majlis tamat latihan Didi bersama syarikat penerbangan tersebut.

Turut kelihatan meraikan majlis tersebut adalah kakak Didi iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Keluarga meraikan majlis tamat latihan Didi bersama syarikat penerbangan tersebut.

Memulakan kerjaya seni sejak berusia tiga tahun, Didi dalam satu temu bual bersama HibGlam sebelum ini pernah mengakui rentak kariernya dalam bidang seni agak perlahan, berbanding Bella.

Didi bagaimanapun berkata, graf perjalanan seninya tidaklah sentiasa berada di atas atau sepatutnya mencanak sepanjang masa, namun tidak pula terus-menerus di bawah.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, anak kelahiran Sabah itu telah membintangi filem Skrip 7707 pada 2009 dan Damping Malam pada (2010).

Didi turut membintangi hampir 40 drama antaranya Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Kami Budak Band, Jaga Aku Selamanya dan Misteri Flat Kirana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok