Chaewon, Soyeon, Sun-joo nafi ambil dadah

TULAR dalam media sosial mengenai tuduhan penyanyi Kim Chaewon, Soyeon dan Park Sun-joo terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, pihak pengurus setiap artis tampil menafikan dakwaan tersebut.

“Khabar angin mengenai Kim Chaewon adalah tidak benar sama sekali. Dia baru sembuh daripada selesema dan merancang untuk kembali aktif pada 1 November ini,” kata pihak pengurusan, Source Music.

Pengurus Cube Entertainment yang mewakili Soyeon dan Park Jun-soo itu turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Namun, selepas pihak label mengeluarkan kenyataan, polis tampil memaklumkan bahawa pembabitan nama mereka hanyalah salah faham.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok