Buka cerita lama, Nana dicemuh

NAMPAKNYA perkongsian penyanyi Siti Nordiana mengenai memori pernah bercinta dengan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin ketika zaman remaja mengundang kecaman.

Dalam satu wawancara, wanita berstatus ibu tunggal itu menyebut Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Spin meminati vokalnya sehingga mereka kemudian menjalin cinta.

Hubungan yang diibaratkan sebagai cinta monyet cuma berlaku seketika apabila masing-masing memilih haluan sendiri, tetapi tetap bersahabat baik.

Rupa-rupanya, ada peminat kurang senang kerana beranggapan Siti Nordiana atau Nana tidak perlu mengungkit sejarah lampau bagi mengelakkan ada hati terguris.

Tetapi di pihak penyanyi itu sendiri menegaskan kisahnya dengan Allahyarham Achik bukan rahsia, malah turut diselitkan dalam bukunya.

Malah tegasnya, selepas program All Stars Gegar Vaganza (GV10), dia tiada langsung niat meraih publisiti dengan berkongsi semula cerita lama.

Mizz Lahar: Drama mana yang ditegur tak sensitif itu? Kongsi sikit.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok