LAMA tidak terpalit kisah cinta, kali ini nama penyanyi dan pelakon, Park Yoo-chun kembali meledak apabila dilaporkan hangat menyulam kasih dengan anak gadis seorang jutawan Thailand.
Menurut satu laporan, wanita Thailand pilihan Yoo-chun itu baru-baru ini telah berkecimpung dalam industri penjagaan kulit dengan menubuhkan jenamanya sendiri.
Menariknya, jenama yang diusahakan wanita itu telah mengangkat Yoo-chun selaku duta dan wajah setiap produk yang akan dipasarkan.
Difahamkan, penglibatan Yoo-chun melangkaui peranan promosi semata-mata apabila dia juga terlibat secara aktif dalam menyokong usaha perniagaan produk berkenaan.
Mereka meluangkan masa bersama dan dilihat sangat mesra. Hal itu menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sememangnya sedang bercinta.