Aksi seret ‘luggage’ Atu Zero pecah perut!

KALAU sudah namanya pelawak, setiap perkara dilakukan pasti akan membuatkan orang ramai tidak kering gusi.

Gelagat Atu Zero ketika muncul pada acara pertandingan badminton Tepok Bulu 2023 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini membuatkan ramai tertawa.

Bergandingan dengan pensohor media sosial Atita Haris, Atu mula mencuri perhatian apabila menarik luggage ke dalam dewan.

Perkara itu dianggap aneh dan lucu kerana tiada pemain badminton membawa beg sebegitu.

Gelagat bersahaja Atu mencuit hati penonton terutama yang pertama kali mengenalinya.

Bagaimanapun, Atu dan Atita tewas ketika menentang peserta Indonesia iaitu Ziva Magnolya dan Arya Seloka.

Selain Atu, pelakon Imran Aqil yang bertanding bersama  penyanyi Datuk Fazley Yaakob menentang Duta Sheila On 7 turut mencuri perhatian ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok