Ada peningkatan, persembahan Aliff Aziz dipuji Bunda

“BANYAK perubahan dan bagus kerana ada peningkatan.”

Demikian komen positif juri tetap All Star Gegar Vaganza (GV10), Hetty Koes Endang  terhadap persembahan penyanyi Aliff Aziz pada konsert malam ini.

Bagi minggu ketujuh, juara GV kesembilan itu menunjukkan peningkatan membawakan lagu Gerhana Cinta Luka nyanyian asal Iklim.

“Meskipun nyanyian terlalu banyak ditekan tetapi cubaan menyanyikan dengan betul buat saya sudah ‘salute’ (tabik).

“Hati-hati dengan nyanyian ‘sharp’ supaya lebih merdu,” kata Hetty yang mesra membahasakan dirinya Bunda.

Minggu lalu, persembahan Aliff menerusi lagu Arjuna dendangan asal Dewa dikritik ketua juri GV10, Datuk Ramli MS tidak sebati dengan muzik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok