You & Me taruhan Jennie ungguli carta

MESKIPUN baru beberapa hari dilancarkan, lagu solo istimewa anggota kumpulan Blackpink, Jennie berjudul You & Me pantas mengungguli carta lagu iTunes di 53 negara.

Selain mengungguli carta lagu Spotify di seluruh dunia, lagu tersebut juga cemerlang di tempat pertama dalam carta muzik domestik seperti VIBE dan Bugs serta-merta selepas dilancarkan.

Lebih mengagumkan, You & Me terus mencanak dan kekal di tangga pertama carta keluaran baharu Melon Hot 100 sekali gus menundukkan nama-nama besar idola K-Pop yang lain.

Sementara itu, video persembahan You & Me dan tarian Jennie dalam platform YouTube telah mencecah 15 juta tontonan hanya selepas sehari ditayangkan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok