Wonyoung tangguh peperiksaan demi karier

PENYANYI Wonyoung sekali lagi memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan kemasukan ke sebuah kolej pada tahun ini.

Keputusan penyanyi kumpulan IVE itu melangkau Ujian Keupayaan Skolastik Kolej (CSAT) demi fokus terhadap karier seninya.

Penyanyi berusia 19 tahun itu merancang mahu mengutamakan komitmen akademiknya pada masa sesuai.

Sebelum ini, penyanyi wanita itu pernah menangguhkan peperiksaan CSAT pada 2022 atas alasan yang sama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok