Tiara versi ‘keluarga’ Siti Nurhaliza mantap!

DATUK Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bahan bualan ramai terutama dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.

Bukan bersama anak-anaknya tetapi dengan kakaknya, Siti Saidah dan anak saudaranya, Ummi Umaira.

Gelagat mereka mendendangkan lagu Tiara milik kumpulan Kris versi karaoke di sebuah acara menjadi tular dan meraih pelbagai respons positif daripada netizen.

Kata netizen, kehebatan vokal keluarga Siti memang tiada tandingan apabila semuanya memiliki kualiti suara yang hebat.

“Sedap betul Siti nyanyi Tiara walaupun hanya dalam versi karaoke.

“Umai memang bertuah dapat mak cik-mak cik suara sedap. Nyanyi santai-santai pun boleh buat ramai terpegun,” komen pengguna TikTok.

Selain Tiara, mereka juga turut menyanyi lagu ‘putus urat kepala’ milik Ziana Zain iaitu Putus Terpaksa.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok