[VIDEO] The Ark bersatu demi Suji

BAGI menunjukkan keutuhan persahabatan, semua bekas ahli kumpulan The Ark sanggup berkumpul semula dalam majlis perkahwinan Lee Suji.

Pada pertemuan semula tersebut, kelima-lima ahli dilihat menyampaikan lagu popular mereka berjudul The Light.

Seorang ahli, Euna berkongsi klip persembahan mereka dalam Instagram dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Lagu istimewa ini demi hari perkahwinan rakan kami walaupun jadual masing-masing padat.

“Kami hanya mempunyai 30 minit untuk berlatih tetapi bertahun-tahun kami habiskan masa bersama sehingga membuahkan hasil.

“Saya bersyukur dengan persahabatan ini lebih-lebih lagi apabila dapat berkumpul pada hari istimewa ini,” tulis Euna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Euna Kim (@euna102794)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok