PELAKON Hafidz Roshdi menafikan dirinya culas membayar nafkah buat dua anaknya, Umar dan Humairah seperti yang didakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada baru-baru ini.
Menurut Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, hal berkaitan pembayaran nafkah anak-anak adalah satu perkara yang tidak seharusnya dikongsi kepada umum.
“Saya tak mahu komen mengenai hal itu.
“Namun, saya memang ada beri nafkah. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia, anak-anak,” katanya kepada HibGlam di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu bagaimanapun enggan berkongsi secara terbuka mengenai jumlah bayaran yang diberikan kepada Shuhada.
“Isu nafkah ini adalah hal privasi antara saya dengan dia.
“Berapa jumlah itu hanyalah antara saya dengan dia,” ujarnya.
Sebelum ini, Shuhada pernah mendedahkan aktor itu culas membayar nafkah dan hanya memberi RM100 untuk setiap anak sebulan.
Malah, ibu bapa Shuhada terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun. – HIBGLAM