Syamsul Yusof, Ira Kazar bercerai? Saya tidak tahu – Peguam

“Saya tak tahu apa-apa. Jadi saya tidak boleh komen. Minta maaf.”

Itu komen peguam yang pernah mewakili Syamsul Yusof bagi kes perceraianya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana, Azmi Mohd. Rais ketika dihubungi HibGlam untuk bertanyakan tentang desas-desus perceraian antara bekas anak guamnya dengan isteri, Ira Kazar.

Azmi ketika dihubungi berkata, dia sudah dapat mengagak tujuannya dihubungi, namun berkata tidak tahu-menahu  khabar angin tentang perceraian Syamsul dengan Ira.

“Saya tidak tahu benda (apa-apa). Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya.

Setakat ini percubaan HibGlam untuk mendapatkan penjelasan Syamsul belum berhasil apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mematikan telefon bimbitnya.

Terdahulu, khabar angin tentang perceraian pengarah berusia 39 tahun itu dengan Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin kecoh diperkatakan selepas sebuah portal melaporkan rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Dalam laporan itu turut menyebut bahawa Ira telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok