Syamsul ceraikan Ira? Puteri Sarah yang kena serang

IBARAT lubuk aduan, ruangan komen Instagram pelakon Puteri Sarah Liyana kembali meraih tumpuan ramai apabila ramai netizen mula membuat spekulasi berhubung dakwaan keretakan rumah tangga bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Menjengah ruangan komen hantaran Instagram terbaharu Puteri Sarah, kebanyakan netizen mula tertanya-tanya dan ingin mendapatkan kepastian berhubungan khabar angin tersebut.

Meskipun masih tiada sebarang kepastian sehingga kini, netizen tetap mengasak Puteri Sarah untuk mendapatkan jawapan berhubung isu tersebut.

“Sarah, betul ke khabar angin terbaharu itu? Dengarnya ada orang kena cerai cuma tak dapat sahkan lagi.

“Hint (bayangan) dalam laporan berita itu macam mengena betul, kami menunggu kesahihan sebab risau khabar angin palsu,” komen netizen.

Meskipun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung khabar angin tersebut, Puteri Sarah bagaimanapun tidak memberi sebarang respons dalam ruangan komen.

Hari ini, status rumah tangga Syamsul dan Ira menjadi bahan buah mulut ramai apabila wujud khabar angin mendakwa mereka sudah bercerai.

Menerusi khabar angin yang dicetuskan oleh sebuah portal hiburan itu, Ira didakwa diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp dan dihalau dari rumah.

Terdahulu, Syamsul mengesahkan sudah bernikah dengan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Thailand, sekaligus meleraikan spekulasi hubungan mereka yang dikatakan sudah terjalin sejak empat tahun lalu.

Sebelum bernikah dengan Ira, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada pada 8 Mac 2014.

Namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila Syamsul akhirnya menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok