[VIDEO] Sophia tidak dipulau, ramai sayang dia – Siti Khadijah

“DIA bukan kera sumbang dan tidak dipulau.”

Itu kata-kata pelakon Siti Khadijah menafikan dakwaan sahabat karibnya, aktres dipulau rakan industri gara-gara isu penyondol.

Sebagai pelakon yang pernah menjalani penggambaran bersama, Siti Khadijah menegaskan aktres sensasi itu tidak disisihkan seperti yang digembar-gembur baru-baru ini.

“Sebagai kawan apa saya boleh cakap dia tidak dipulaukan.

“Dia baik dengan semua termasuk kru. Setakat ini tiada isu dan masalah pun.

“Saya pernah dipulaukan dan tidak suka perasaan tersebut. Jadi, saya tidak akan buat benda sama kepada orang lain,” katanya semasa pelancaran produk terbaharu Tatagaltier di Tanamaker The Hills, semalam.

Dalam pada itu, bintang drama Sekali Lagi Cinta itu bersyukur digandingkan dengan Sophia yang diibaratkan sebagai permata kerana dapat mengenali aktres itu dengan lebih dalam.

“Dia ibarat permata yang sangat berharga di set. Kami sayangkan dia dan selalu bersamanya.

“Sebenarnya, dia yang selalu teman saya. Saya gembira From Saga With Love menemukan kami kerana dapat kenal dia lebih dekat, tidak seperti orang lain mengenalinya,” ujarnya lagi.

Selain menafikan spekulasi tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu turut memaklumkan kebaikan Sophia yang berjaya mengubahnya ke arah lebih baik.

“Dia ajar saya buat benda baik seperti menjadi lebih sopan dan bersifat kewanitaan.

“Selepas duduk dengan dia, automatik saya bertukar jadi lemah lembut.

“Bagi saya, kalau saya tidak memberi inspirasi kepada orang, orang akan buat begitu kepada saya,” jelasnya.

Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Sophia dipulaukan rakan artis lain di set penggambaran.

Bagaimanapun, pelakon filem Miimaland itu menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kurang bersosial kerana terlalu pendiam. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok