Sophia AlBarakbah tak balas kejahatan orang

MEMILIH untuk tidak membalas setiap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya, itu pendirian Sophia Albarakbah yang sekali lagi terpalit kontroversi membabitkan rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Tidak mengulas mahupun melenting dengan lambakan cerita sensasi berhubung kehadiran ke konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad lalu sejak semalam, pelakon berusia 30 tahun itu memilih untuk membiarkan sahaja individu lain mengatakan hal tidak baik terhadapnya tanpa membalas semula.

 

 

“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang,” katanya ringkas dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

 

TANGKAP layar Sophia Albarakbah berhubung alasan utama dia hadir ke konsert mingguan GV10.

Selain itu, dia turut mengulang siar beberapa hantaran yang dimuat naik kelab peminatnya iaitu SophiaalbarakbahFC yang memaparkan foto-fotonya ketika hadir pada malam konsert minggu ketiga GV10 baru-baru ini.

“Jadi, bila tiada penggambaran, memang saya akan bekerja sambilan sebagai pengurus Aisha Retno,” selorohnya dalam sebuah InstaStory berbeza.

Sejak kelmarin, nama Sophia menjadi topik hangat apabila muncul di konsert GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA pada Ahad lalu.

Kata Sophia, dia hadir bagi menemmani dan memberi sokongan kepada sepupunya iaitu Aisha Retno yang membuat persembahan dalam segmen GV Live+.

Sophia juga menjelaskan dia beredar dari dewan selepas persembahan Liza Hanim dan bukannya Aliff. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok