447
MENERIMA kehadiran bayi lelaki pada November tahun lalu, pelakon Son Ye-jin menyifatkan hari-hari yang dilalui kini sebagai saat terbahagia.
Isteri kepada aktor Hyun Bin itu bagaimanapun mengakui mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu.
“Saya tidak pernah rasa begini sepanjang hidup.
“Selepas bekerja 20 tahun, saya kini fokus kepada keluarga dan mahukan terbaik buat anak selain menjadi isteri yang taat,” kata bintang drama Crash Landing On You itu.
Meskipun sibuk menjaga anak, Ye-jin bersedia untuk kembali ke set penggambaran sekiranya ada naskhah yang sesuai dengannya.