1.2K
SEBELUM bergelar bintang terkenal, pelakon Shin Seung-ho rupa-rupanya pernah menjadi pengawal keselamatan bagi kumpulan Red Velvet.
Pendedahan menarik itu hangat diperkatakan apabila netizen menemui foto lama Seung-ho mengiringi kumpulan wanita berkenaan dalam sebuah acara.
Selepas melakukan penampilan sulung sebagai aktor, pelakon berusia 28 tahun itu menjalani penggambaran filem bersama ahli Red Velvet iaitu Irene.
Difahamkan, bintang siri Netflix popular, D.P itu menjadikan pengawal keselamatan sebagai profesyen selepas berhenti bermain bola sepak.