Hampir setahun berdiam diri tanpa ada produk baharu, penyanyi rap K-pop, Jessi mengejutkan peminat dengan buah tangan terbaharu berjudul Gum yang bakal dilancarkan hujung bulan ini.
Menariknya, sejurus pengumuman lagu berkenaan, nama Jessi terus sohor kini selama seminggu dalam seluruh platform media sosial di Korea Selatan.
Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan karya penyanyi seksi itu yang pastinya akan mencipta fenomena tersendiri.
“The Real Queen sudah kembali, hanya Jessi yang boleh menyanyi tanpa berselindung, dia hanya jadi dirinya sendiri dan menambahkan lagu aura dalam lagu-lagunya,” komen seorang peminat.
“Jessi penyanyi yang tidak pernah kenal erti kalah selain berani dalam bereksperimentasi, karyanya selalu di luar kotak, hanya dia yang selantang itu dalam berkarya,” demikian komen seorang lagi peminat.