Seongmin berkorban demi ibu

ANGGOTA kumpulan Cravity, Seongmin terpaksa mengambil cuti panjang daripada menjayakan sebarang aktiviti kumpulan mahupun persembahan kerana mahu menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Perkara tersebut diumumkan agensinya, Starship Entertainment yang memaklumkan artis jagaan pihaknya itu tidak akan menyertai sebarang aktiviti promosi mahupun menyertai mana-mana rancangan sepanjang tempoh berehat demi menunaikan tanggungjawab kepada ibunya yang sedang sakit.

“Kami ingin memaklumkan kepada peminat Seongmin tentang penangguhan aktiviti seni idola kalian yang akan bercuti panjang.

“Ibu Seongmin akan menjalani pembedahan major, kami berharap kalian dapat memberi sokongan dan komen yang baik kepada Seongmin atas usaha mulianya untuk menjaga ibu sehingga sembuh,” kata label tersebut.

Segala aktiviti seni kumpulan Cravity akan diteruskan lapan lagi anggota tanpa  Seongmin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok