Semakin ‘besar’, Cik B diminta diet demi kesihatan

SIAPA tidak kenal dengan anak kepada mogul kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B. Penampilan dan tingkah laku Cik B yang bersahaja selalu menjadi perhatian ramai.

Namun baru-baru ini, Cik B telah ditegur pengikutnya, bukan kerana berkelakuan tidak senonoh. Tetapi kerana badannya yang dilihat semakin membesar.

Niat Diva bukan untuk merendah-rendahkan Cik B. Tapi berdasarkan sebuah video yang dikongsikan Vida dalam Instagram miliknya, memang sangat ketara perubahan bentuk badan remaja itu apabila semakin membesar.

Rata-rata pengikutnya melahirkan rasa bimbang melihat keadaan Cik B dan menyuruhnya untuk berdiet dan mengurangkan berat badan.

Risau juga takut kena penyakit-penyakit tidak sepatutnya disebabkan masalah berat badan. Vida sebagai seorang ibu, sepatutnya peka tentang hal ini.

Tapi mungkin dia sendiri tidak mahu melukakan hati anak kesayangannya, sebab itu dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

DIVA: Isteri kepada pengacara Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub ditegur kerana sudah mula kembali tayang aurat.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok